Friday, March 20, 2015

Al-Azhar dan Tugasan Penuntutnya


Suasana di Masjid Al-Azhar suatu ketika dahulu

Bila menghadap kitab Usul Fiqh (khususnya Nihayah As-Sul syarah kepada Minhaj al-Wusul ila Ilmi al-Usul, jelas kelihatan kehebatan hujjah para imam (seperti Qadhi Al-Baidhawi, Imam Al-Isnawi, Imam Fakhr Ad-Deen Ar-Razi) untuk mempertahankan uslub dan kaedah mereka ketikamana terjadinya proses 'cantas-mencantas' jawapan terhadap sebahagian golongan Muktazilah (iaitu golongan At-Tarajum).

Bila menghadap kitab Fiqh (khususnya Minhaj at-Tolibin) pula, jelas kelihatan keluasan dan kedalaman ilmu para imam dalam mazhab Asy-Syafi'e ketika menghuraikan kitab ini, sehingga ia terpecah pula kepada 4 buah kitab syarah yang masyhur (iaitu Kanzu ar-Raagibin, Mughni al-Muhtaj, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj). Huraian mereka yang menjadikan lapangan luas kepada pengikut mazhab asy-Syafi'e dalam nak mengamalkan hukum di dalam alam realiti.

Bila menghadap peperiksaan Al-Azhar pula, Al-Azhar meletakkan dua kitab penting di atas (Nihayah As-Sul dan Kanzu Ar-Ragibin syarah kepada Minhaj at-Tolibin) sebagai silibus dalam pengajian dan peperiksaannya.

Dan dua kitab penting ini, sebagai salah satu modal untuk para pelajarnya menjadi benar-benar seorang pelajar.

(Moga Allah ta'ala merahmati dan memberkati Al-Azhar dan para ulamaknya serta para pemilik nama di atas)

Pesanan saya kepada makcik pakcik di luar sana, janganlah 'segan' nak menghantar anak-anak ke Al-Azhar, Mesir. Ataupun setidak-tidaknya, tanamkanlah cita-cita untuk mereka mewaqafkan diri mereka dalam kancah ilmu dan dakwah.

Muhasabah dan motivasi yang sebenar, adalah datang dari hati.

‪#‎yahyalAzhar‬

No comments:

Post a Comment