Friday, March 27, 2015

Bahaya Takfir

Penyelewengan oleh Syiah, Wahhabi dan ISIS mahupun sesebuah kerajaan yang mempunyai pemimpin yang zalim, tetap tidak menghalalkan kita untuk mengkafirkan mereka.

Sheikh Amru al-Wirdany (salah seorang ulamak Al-Azhar) pernah ditanya tentang status keIslaman puak radikal ISIS di Syria. Adakah mereka tergolong dalam golongan kafirun? Sheikh Amru Al-Wirdany menjawab : "Kita Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak akan mengkafirkan sesiapa pun selagi dia masih ahli qiblat (iaitu selagi mereka bertauhidkan Allah SWT dan beriman bahawa Nabi Muhammad shallahu 'alaihi wa sallam adalah nabi dan rasul-Nya yang terakhir). Jangan bermudah-mudahan untuk kita mengkafirkan mereka."

Pengkafiran ke atas seseorang individu atau sekolompok manusia, ia bukanlah salah satu jalan yang terbaik dan terakhir bagi umat Islam. Ia seolah-olah pengkafir itu meredhai dan meminta supaya orang yang dikafirnya dihantarkan ke neraka. Sedangkan ini bukanlah akhlak yang ada dalam Islam. Wal 'iya dzubillah.

Ini bukan manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dan ini juga bukanlah manhaj Al-Azhar asy-Syarif.

Taammalu !

No comments:

Post a Comment